Kesan Pertukaran Agama Ibu bapa Terhadap Status Agama Anak

Main Article Content

Mohamed Azam Mohamed Adil Rafeah Saidon

Abstract

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, isu penentuan agama dan hak penjagaan kanak-kanak sering menjadi perbahasan apabila salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) memeluk agama Islam. Pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan ini menjadi asas kepada pembubaran perkahwinan. Bagi pihak yang beragama Islam, ia akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bagi pihak bukan Islam oleh Mahkamah Sivil. Tetapi sehingga pihak yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen perceraiannya di Mahkamah Sivil, perkahwinan itu dianggap kekal. Ini menyebabkan masalah kepada pihak yang memeluk agama Islam untuk memohon penceraian di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah hanya dapat merungkai perkahwinan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan perceraian itu kerana pihak yang tidak memeluk Islam tidak memfailkan perceraiannya di Mahkamah Sivil.

Article Details

How to Cite
MOHAMED ADIL, Mohamed Azam; SAIDON, Rafeah. Kesan Pertukaran Agama Ibu bapa Terhadap Status Agama Anak. Islam and Civilisational Renewal (ICR), [S.l.], v. 8, n. 3, p. 400-419, nov. 2017. ISSN 2041-8728. Available at: <http://www.icrjournal.org/icr/index.php/icr/article/view/657>. Date accessed: 12 dec. 2017.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>